BAGAIMANA TEKNIK
BELAJAR BERKESAN
Sebenarnya
banyak teknik yang boleh dipraktiskan oleh ibubapa masa kini untuk anak-anak di
rumah. Tinggal lagi bagaimana mahu
mengaplikasikannya mengikut kesesuaian anak-anak tuan puan.
Di
sini saya senaraikan butiran-butiran ringkas yang mana dengan izin Allah S.W.T
mujarab. Insyaallah!
Jaga Solat
Untuk
yang pertamanya, ibu-ibu sendiri harus jaga solat disamping anak-anak pun turut
jaga solat sama. Sama-sama bermohon dan
berdoa untuk kejayaan dunia akhirat.
Lebih-lebih lagi dalam peperiksaan.
Pada pagi hari peperiksaan luangkan masa sekejap solat Dhuha dan malam
sebelumnya solat tahajjud. Lakukan
secara berterusan walaupun bukan di hari peperiksaan. Surah Alwaqiah juga jangan dilupa. Insyaallah rezeki kejayaan itu ada dan datang
dengan mudah sekali.
Rancang Masa Belajar
Anak
Keduanya,
rancang masa belajar anak-anak di rumah.
Awal tahun adalah masa yang paling ideal kerana di waktu ini silibus
masih di bawah unit yang pertama. Tiada
tekanan untuk menghabiskan silibus. Jadi
anak-anak lebih gembira dalam suasana yang santai buat latihan. Berbanding ulangkaji pelajaran di saat
akhir. Tekanan akan lebih terasa.
Ajar Anak Hormat Orang
Lain
Ajar
anak-anak agar hormat ibu bapa dan hormat guru mereka di sekolah. Ajar anak-anak agar bantu ibu bapa dan guru
mereka apabila diminta pertolongan.
Elakkan anak-anak dari bergaduh sesama rakan. Hubungan yang harmoni sesama rakan taulan di
sekolah akan dapat mengurangkan tekanan belajar dan menimbulkan keseronokkan
apabila berada di sekolah.
Latih Tubi Di Rumah
Di
samping itu juga latih anak-anak latih tubi di rumah. Biasakan mereka dengan latihan yang banyak
supaya mereka dapat menguasai sesuatu topik.
Rangsang anak-anak dengan perkara yang positif seperti menghadiahkan
sesuatu walaupun barang mainan di kedai dua ringgit. Anak-anak akan rasa lebih dihargai.
Fokus Di Dalam Kelas
Dalam
pada itu, fokus di dalam kelas amat penting.
Nyatakan kepada anak-anak selalulah bertanya guru andainya tidak faham
sesuatu topik. Jangan malu jangan segan. Cikgu tak makan orang. Ini akan dapat meningkatkan kefahaman
mereka. Secara tak langsung mereka akan
dapat menguasai sesuatu topik. Lama kelamaan mereka akan faham apa yang
dilakukan apabila mereka tidak faham di dalam kelas.
Belajar Berkumpulan
Belajar
belajar di dalam kumpulan juga sangat membantu anak-anak dalam kecemerlangan
mereka. Mereka tidak akan mudah
bosan. Akan ada banyak percanggahan
pendapat tetapi di situ mereka akan dapat intipatinya. Menerima pandangan seseorang, menapis dengan
cara dari sudut tersendiri sudah pasti ianya memberikan suatu pengalaman yang
berbeza.
Penetapan Masa Belajar
Penetapan
masa ulangkaji di rumah juga sangat penting.
Bab yang ini ibu-ibu kena berdisplin tinggi. Tetapkan waktu malam pukul berapa mula
ulangkaji. Jangan culas. Kalau tiada disiplin. Maka habislah semuanya ke laut. Saya sendiri bertarung juga pada peringkat
awalnya.Hehehe.
Setelah
anak-anak penat belajar di sekolah, biarkan mereka bermain di petang hari. Sekurang-kurangnya tekanan di sekolah telah
dapat dipulihkan kembali. Insyaallah.
Mahir Ambil Nota
Akhir
sekali pastikan anak-anak tuan puan tahu mengambil nota ringkas, tahu
bagaiamana mengingat dengan cara nemonik iaitu menggunakan perkataan yang
singkat yang digabungkan dari beberapa ayat yang panjang. Ini sangat membantu mereka dalam menjawab
soalan-soalan sains yang menggunakan standard jawapan yang khusus untuk
terma-terma tertentu.
Kesimpulannya,
ada banyak lagi kaedah atau teknik belajar yang lain. Tetapi jika tiada tindakan atau aksi orang
kata. Ianya tidak ke mana juga.
Comments
Post a Comment