KUASAI SUBJEK YANG
LEMAH
Saya nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana apakah
keperluan atau strategi ibu-ibu untuk anak apabila menanti saat ketibaan hari
peperiksaan tiba. Di sini saya gariskan
beberapa tips mudah yang mana mungkin ia boleh membantu anak-anak di rumah.
SATU SUBJEK PERLU 4
BUKU LATIHAN
Pada
suatu ketika dulu saya pernah berbual dengan seorang guru di pekan Benta
ini. Apakah strategi anak beliau dapat
skor A dalam semua subjek utama kerana bagi saya subjek Matematik dan Bahasa
Inggeris agak susah untuk anak-anak Melayu skor A.
Tips
yang dikongsi ialah dapatkan 4 set buah buku latihan untuk satu subjek. Makna kata perlu ada 16 buah buku latih tubi
untuk 4 subjek utama tersebut. Turut
bersama langkah penjimatan yang di kongsikan semasa pembelian ialah dapatkannya
di Karnival Jualan Buku di Kuala Lumpur atau Pesta Buku setiap tahun. Harga memang menjunam murah dan
berbaloi.
Setakat
ini saya belum berpeluang pergi.
Maklumlah komitmen dengan anak kecil, bersekolah lagi serta masa cuti
sabtu dan ahad yang terhad pergerakkan dek penangan kelas tuisyen. Apa yang saya mampu buat ialah dapatkan di
kedai-kedai buku yang berdekatan contonhya kedai buku di Raub. Pantang bagi saya fotostat buku yang dibeli
kerana amalan ini sebenarnya mengaburkan mata dan hati anak-anak. Sebab apa saya berkata begitu? Ya! Kertas
yang telah difotostat rupanya akan menjadi hitam putih atau kabur termasuklah
kulitnya. Maka yang masuk dalam
pemikiran anak-anak juga adalah sesuatu yang kabur-kabur juga.
Ingat
otak sukakan warna. Dari itu saya tidak
sarankan ibu-ibu membuat salinan buku yang dibeli kerana kesannya anak kurang
faham dan kurang ingat latihan yang telah mereka buat. Dalam pada itu memang sudah tertera di
helaian depan buku kebiasaannya penerbit tidak membenarkan salinan fotokopi
tanpa kebenaran bertulis atau lisan dari pihak mereka. Jadi di situ kalian perlu jaga keberkatan. Keberkatan dalam menuntut ilmu. Ini yang ramai kawan-kawan kita di luar sana
sering tewas.
KENALPASTI SILIBUS
PELAJARAN
Bila
bercerita tentang silibus pelajaran ini,pengalaman saya hampir dua tahun
kebelakangan ini silibus sering berubah.
Contohnya silibus darjah 4 bagi subjek Bahasa Melayu bab mencari makna
perkataan yang sinonim telah pun diturunkan ke darjah 1. Agak laju bagi saya. Tahun lepas iaitu 2016 masih tiada lagi bab
mencari makna seerti ini. Namun untuk
tahun ini iaitu tahun 2017, amat terkejut juga buat saya. Terpinga-pinga saya bila anak murid darjah 1
datang bertanya apa makna perkataan itu.
Maka tahulah saya sejak itu silibus hampir pasti berubah setiap tahun. Makin mencabar minda kita. Oleh itu saranan saya buka minda
ibu-ibu. Kuasai maklumat baru. Ambil tahu sentiasa tentang pelajaran
anak-anak kita.
HABISKAN MEMBUAT
LATIHAN MENGIKUT SILIBUS PELAJARAN SEBELUM PEPERIKSAAN
Semakin
hampir peperiksaan maka semakin hampir debaran terasa. Anak dan ibu sama naik kadang-kadang tu
stress sebab nak kejar habiskan silibus subjek.
Ini biasa terjadi apabila ulangkaji di saat akhir. Semua serba tak kena. Oleh itu nasihat saya lebih baik sekiranya
ulangkaji pelajaran sejak awal persekolahan lagi iaitu pada bulan Januari. Strategi ini mampu untuk menghindarkan
tekanan para pelajar dan ibu-ibu pula dapat memastikan ulangkaji setiap silibus dapat dibuat sedikit demi sedikit dan teratur.
LATIHAN TOPIKAL BAB
YANG LEMAH
Setelah
ibu-ibu memastikan anak-anak mengikuti semua silibus dalam sesuatu subjek, maka
cuba pula untuk melihat apakah topik-topik yang mereka lemah. Buat latihan bab tersebut sehingga mereka
menguasai topik-topik tersebut.
Kebiasaannya di pasaran ada dijual buku latihan topikal ini. Ia amat sesuai digunakan di saat akhir
peperiksaan menjelang. Bukunya yang
tidak terlalu tebal akan dapat membantu juga dari segi memotivasikan anak-anak
agar cepat-cepat menghabiskan latihan dalam buku tersebut. Oh ya!
Lupa nak kongsikan juga.
Buku-buku latihan yang agak padat,tebal seperti Sasbadi amat sesuai
digunakan di awal waktu seperti di bulan Januari. Kandungan buku latihannya meliputi nota padat
dan latihan amat sesuai digunakan untuk anak-anak. Semuanya terpulang kepada ibu-ibu. Ya kan!
Comments
Post a Comment