Skip to main content

Bakal Terbit Ebook Anak Seronok Belajar


PRA ORDER EBOOK
Panduan Anak Seronok Belajar
Bab 1 Pengenalan
Bab 2 Anak Seronok Belajar
Bab 3 Teknik Belajar Berkesan
Bab 4 Strategi Menghadapi Peperiksaan
Bab 5 Kaedah Tuisyen Sasbadi Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Perkenalan untuk anda

Latar Belakang Pendidikan

Salam perkenalan untuk pembaca ebook saya yang budiman.  Alhamdulillah  saya telah dapat menyiapkan ebook pertama ini untuk anda semua.  Saya kira saya bukanlah orang yang layak untuk memberi ilmu kepada ibu-ibu di luar sana.  Namun atas dasar ingin berkongsi dan ingin melihat ada sedikit sinar untuk orang lain, maka saya panjangkan pengalaman sepanjang meniti  kerjaya sebagai  suri kepada 3 orang cahaya mata ini.

Nama penuh saya Che Hasnida Bt Ab. Hamid. Saya adalah merupakan kelahiran anak jati Pahang. Dilahirkan pada 15 haribulan  November 1978.  Saya memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Keratong 4 dan 5 kemudian menyambungkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah  Menengah Agama Arab Taqaddum Maarif Terusan Limbat, Kota Bharu Kelantan hingga tingkatan 3.  Memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke Sekolah Menengah Agama Rompin, Kuala Rompin, Pahang sehinggalah tamat SPM di situ.
Setelah itu saya menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam di Kolej Islam Melaka pada tahun 1997 sehingga tahun 2000.  Seterusnya  melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia pada penghujung tahun 2000.  Jurusan saya menjurus kepada bagaimana mengawal manusia melalui latihan dan gelagat manusia dalam organisasi.

Kerjaya pertama saya bermula pada tahun 2005 sebagai jurulatih Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti di Kem PLKN Seri Perkasa Mantin, Negeri Sembilan.  Semasa berkhidmat saya telah berpeluang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Saat-saat  yang paling manis ialah apabila di hari terakhir latihan setiap siri, anak-anak didik dari bangsa lain seperti bangsa Cina ,India dan Orang asli yang agak sukar dibentuk datang memeluk saya. Ucap mereka, terima kasih cikgu.  Kata-kata yang sangat keramat bagi saya. Itulah yang membawa kepada siapa saya hari ini.  Bahawasanya saya juga turut mampu untuk mengubah bangsa lain agar menjadi manusia yang berguna kelak.

Pada Mac 2010 saya tidak lagi menyambung kontrak perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Kesatria di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara ini.  Keputusan itu sangat sukar bagi saya sebenarnya kerana melepaskan jawatan yang sangat-sangat saya cintai.  Namun oleh kerana saya berdepan insiden tragis anak kedua saya yang telah jatuh dan mengalami bengkak di bahagian bawah kepala semasa saya sedang bertugas telah menguatkan hati dan naluri saya bahawa saya perlu membuat keputusan untuk menjaga amanah Allah untuk saya ini dengan sepenuhnya.

Sejak itu saya mula menjaga dan mendidik anak saya sendiri di rumah.  Tanpa apa-apa formula saya mula mencari dan mencari bagaimanakah cara mendidik anak di rumah dengan cara yang betul.  Sehinggalah ebook ini ditulis, anak saya telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan darjah 2 tahun lepas iaitu skor 6 A dalam semua subjek UPSR.Semoga perkongsian dalam ebook ini dapat membantu ibu bapa di luar sana dalam merangsang anak seronok belajar.

PRE-ORDER EBOOK!

Semoga bermanfaat ya!

Comments

Popular posts from this blog

Bab 3 - Teknik Belajar Berkesan

BAGAIMANA TEKNIK BELAJAR BERKESAN Sebenarnya banyak teknik yang boleh dipraktiskan oleh ibubapa masa kini untuk anak-anak di rumah.  Tinggal lagi bagaimana mahu mengaplikasikannya mengikut kesesuaian anak-anak  tuan puan. Di sini saya senaraikan butiran-butiran ringkas yang mana dengan izin Allah S.W.T mujarab.  Insyaallah! Jaga Solat Untuk yang pertamanya, ibu-ibu sendiri harus jaga solat disamping anak-anak pun turut jaga solat sama.  Sama-sama bermohon dan berdoa untuk kejayaan dunia akhirat.  Lebih-lebih lagi dalam peperiksaan.  Pada pagi hari peperiksaan luangkan masa sekejap solat Dhuha dan malam sebelumnya solat tahajjud.  Lakukan secara berterusan walaupun bukan di hari peperiksaan.  Surah Alwaqiah juga jangan dilupa.  Insyaallah rezeki kejayaan itu ada dan datang dengan mudah sekali. Rancang Masa Belajar Anak Keduanya, rancang masa belajar anak-anak di rumah.  Awal tahun adalah masa yang paling ideal kerana di waktu...

Bab 4 - Strategi Menghadapi Peperiksaan

KUASAI SUBJEK YANG LEMAH  Saya nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana apakah keperluan atau strategi ibu-ibu untuk anak apabila menanti saat ketibaan hari peperiksaan tiba.  Di sini saya gariskan beberapa tips mudah yang mana mungkin ia boleh membantu anak-anak di rumah. SATU SUBJEK PERLU 4 BUKU LATIHAN Pada suatu ketika dulu saya pernah berbual dengan seorang guru di pekan Benta ini.  Apakah strategi anak beliau dapat skor A dalam semua subjek utama kerana bagi saya subjek Matematik dan Bahasa Inggeris agak susah untuk anak-anak Melayu skor A.  Tips yang dikongsi ialah dapatkan 4 set buah buku latihan untuk satu subjek.  Makna kata perlu ada 16 buah buku latih tubi untuk 4 subjek utama tersebut.  Turut bersama langkah penjimatan yang di kongsikan semasa pembelian ialah dapatkannya di Karnival Jualan Buku di Kuala Lumpur atau Pesta Buku setiap tahun.  Harga memang menjunam murah dan berbaloi.  Setakat ini saya belum berpeluang pergi....