Skip to main content

Bab 5 - Kaedah Tuisyen Sasbadi Online

APAKAH KEISTIMEWAAN  KAEDAH TUISYEN SASBADI ONLINE INI
Belajar kaedah Sasbadi Online sangat istimewa. Keistimewaan Sasbadi online adalah ia boleh digunakan samada secara online atau offline.  Menarik bukan? Yang bestnya ia turut mempunyai applikasi.  Maka sangat mudah untuk anak-anak menggunakannya.
Anda boleh cuba web www.ilearnace.com   kerana ada diberi tempoh percubaan selama seminggu.  Anda boleh cari dan cuba ye.
Oh ya!  Untuk yang terkini pakej Sasbadi ini menawarkan pakej hanya untuk pelajar bermula dari darjah 4 hinggalah SPM.  Jadi sangat elok sekiranya anda telah mencuba segala strategi yang telah saya terangkan seperti strategi anak seronok belajar terdahulu, teknik belajar berkesan dan tips peperiksaan maka anda cuba pula guna teknik yang ini.  Saya pasti anak-anak suka dan teruja.

Bertepatan dengan konsep pembelajaran abad ke 21 yang mana telah menyatakan bahawa anak-anak zaman ini perlu bergerak selari dengan teknologi moden.

Hasil kajian dari Dato Dr Fadzilah Kamsah mendapati dengan jelas bahawa rangsangan belajar menggunakan  keseluruhan deria manusia yang meliputi deria penglihatan,sentuhan,pendengaran akan membawa kepada hampir 90% kejayaan pelajar.  Maka dari dapatan kajian ini sangat jelas perlunya ibu bapa masa kini menggunakan 100% kemudahan teknologi yang ada ini untuk kejayaan anak-anak mereka dalam peperiksaan. 

Kenyataan ini disokong lagi dari hasil penulisan Rozinah Jamaludin dalam bukunya Teknologi Pengajaran.  Beliau  menyatakan psikologi pembelajaran adalah melalui pembelajarn aktif dan ianya  adalah lebih baik dari pembelajaran pasif.  Latih tubi dan maklum balas,ganjaran dalam pembelajaran sangat perlu dalam era pendidikan kini.

Ini sangat bertepatan sekali dengan kaedah tuisyen online Sasbadi.  Ia adalah kaedah tuisyen online yang terbaik setakat ini di Malaysia.  Di mana ia telah mendapat pengiktirafan brand terbaik pada tahun….
Berikut adalah antara kelebihan lain dalam Sasbadi Online ini:


  • ·         Platform Pembelajaran Digital Bersepadu dipasarkan oleh MindTech Education Sdn Bhd   (Anak Syarikat Milik  Penuh Kumpulan Sasbadi) (www.mindtechedu.com).
  • ·         100% Silibus Sekolah Kebangsaan KSSR / KBSM / KSSM dan PBS
  • ·         Ulangkaji bukan saja dapat dijalankan secara online tetapi secara offline dengan aplikasi mudah Alih Ilearnace.
  • ·         Interaksi antara akaun murid, guru dan ibubapa dapat dicapai dengan cekap menggunakan satu platform pendidikan yg sama.
  • ·         Menyediakan penilaian yg amat komprehensif. praktis objektif, praktis subjektif, tugasan, lembaran pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), ujian lisan dan kertas percubaan UPSR/PT3/SPM.
  • ·         Harga pakej yg amat berpatutan dengan kadar kurang daripada RM1 sehari.
  • ·         Isi kandungan soalan dan nota dimuatnaik oleh Sasbadi Online Sdn Bhd.

Sekiranya ibubapa tidak mengambil berat akan hal ini maka sudah pasti anak-anak akan ketinggalan jauh dari aspek pendidikan negara.  Berusahalah anda semampu yang boleh.  Saya sangat teruja dengan kemudahan sasbadi online ini kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang sangat menarik.  Saya juga telah menggunakannya untuk anak saya yang yang pertama.  Beliau kini masih dalam darjah 4. Fungsi-fungsi dan keistimewaan Sasbadi online ini akan saya terangkan dalam bab seterusnya.







Comments

Popular posts from this blog

Bakal Terbit Ebook Anak Seronok Belajar

PRA ORDER EBOOK Panduan Anak Seronok Belajar Bab 1 Pengenalan Bab 2 Anak Seronok Belajar Bab 3 Teknik Belajar Berkesan Bab 4 Strategi Menghadapi Peperiksaan Bab 5 Kaedah Tuisyen Sasbadi Online Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Perkenalan untuk anda Latar Belakang Pendidikan Salam perkenalan untuk pembaca ebook saya yang budiman.  Alhamdulillah  saya telah dapat menyiapkan ebook pertama ini untuk anda semua.  Saya kira saya bukanlah orang yang layak untuk memberi ilmu kepada ibu-ibu di luar sana.  Namun atas dasar ingin berkongsi dan ingin melihat ada sedikit sinar untuk orang lain, maka saya panjangkan pengalaman sepanjang meniti  kerjaya sebagai  suri kepada 3 orang cahaya mata ini. Nama penuh saya Che Hasnida Bt Ab. Hamid. Saya adalah merupakan kelahiran anak jati Pahang. Dilahirkan pada 15 haribulan  November 1978.   Saya memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Keratong 4 dan 5 kemudian ...

Bab 3 - Teknik Belajar Berkesan

BAGAIMANA TEKNIK BELAJAR BERKESAN Sebenarnya banyak teknik yang boleh dipraktiskan oleh ibubapa masa kini untuk anak-anak di rumah.  Tinggal lagi bagaimana mahu mengaplikasikannya mengikut kesesuaian anak-anak  tuan puan. Di sini saya senaraikan butiran-butiran ringkas yang mana dengan izin Allah S.W.T mujarab.  Insyaallah! Jaga Solat Untuk yang pertamanya, ibu-ibu sendiri harus jaga solat disamping anak-anak pun turut jaga solat sama.  Sama-sama bermohon dan berdoa untuk kejayaan dunia akhirat.  Lebih-lebih lagi dalam peperiksaan.  Pada pagi hari peperiksaan luangkan masa sekejap solat Dhuha dan malam sebelumnya solat tahajjud.  Lakukan secara berterusan walaupun bukan di hari peperiksaan.  Surah Alwaqiah juga jangan dilupa.  Insyaallah rezeki kejayaan itu ada dan datang dengan mudah sekali. Rancang Masa Belajar Anak Keduanya, rancang masa belajar anak-anak di rumah.  Awal tahun adalah masa yang paling ideal kerana di waktu...

Bab 4 - Strategi Menghadapi Peperiksaan

KUASAI SUBJEK YANG LEMAH  Saya nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana apakah keperluan atau strategi ibu-ibu untuk anak apabila menanti saat ketibaan hari peperiksaan tiba.  Di sini saya gariskan beberapa tips mudah yang mana mungkin ia boleh membantu anak-anak di rumah. SATU SUBJEK PERLU 4 BUKU LATIHAN Pada suatu ketika dulu saya pernah berbual dengan seorang guru di pekan Benta ini.  Apakah strategi anak beliau dapat skor A dalam semua subjek utama kerana bagi saya subjek Matematik dan Bahasa Inggeris agak susah untuk anak-anak Melayu skor A.  Tips yang dikongsi ialah dapatkan 4 set buah buku latihan untuk satu subjek.  Makna kata perlu ada 16 buah buku latih tubi untuk 4 subjek utama tersebut.  Turut bersama langkah penjimatan yang di kongsikan semasa pembelian ialah dapatkannya di Karnival Jualan Buku di Kuala Lumpur atau Pesta Buku setiap tahun.  Harga memang menjunam murah dan berbaloi.  Setakat ini saya belum berpeluang pergi....