Skip to main content

Bab 2- Anak seronok Belajar

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN ANAK SERONOK BELAJAR
Anak seronok belajar itu adalah satu cabang seni yang perlu dipelajari oleh ibu-ibu muda seluruh Malaysia.  Ibu ayah pada hari ini harus menguasai ilmu ini bagi meningkatkan kefahaman tentang bagaimana menjentik jiwa kecil anak-anak kita agar seronok belajar tanpa tekanan.
Cabaran alam pendidikan hari ini sangat jauh berbeza dari zaman kita dahulu.  Jika dahulu pulang dari sekolah, terus sahaja meletakkan beg sekolah di penjuru bilik lalu meluru bermain dengan rakan-rakan sepermainan.  Sungguh asyik dan girang hinggalah ke petang hari.  Namun kini ceritanya amat berbeza.
Setelah meneliti dan menyemak beberapa buah buku hasil tulisan dan kajian dari pakar-pakar motivasi terdahulu  antaranya ialah Dato’ Dr Haji Mohd.Fadzilah Kamsah dapatlah saya gariskan di sini bahawa terdapat beberapa pancaindera yang boleh merangsang anak seronok belajar.  Antaranya ialah:
1.      Rangsang Melalui Minda
Rangsang anak dengan menggunakan akal fikiran atau dikenali pemikiran.  Menetapkan matlamat bahawa membuat sesuatu perkara itu perlu bermula dari niat.  Amat penting ibu ayah masa kini awal-awal lagi menetapkan niat yang bersih dalam hati anak-anak kita bahawa belajar itu untuk apa.  Adakah untuk suka-suka, keperluan pada masa hadapan atau sebenarnya menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Ini yang perlu jelas di kotak fikiran anak-anak kita.


2.      Rangsang Melalui Mata (Deria Penglihatan)
Rangsang anak dengan menggunakan mata ialah menggunakan kuasa cerapan mata.  Di sini kuasa memain peranan yang amat penting di mana visual anak-anak melihat tentang sesuatu itu bagaimana.  Contohnya pemilihan warna kulit buku latihan pembelajaran akan memberi kesan kepada keupayaan otak untuk tertarik atau sebaliknya.  Ingat prinsip otak sukakan warna.  Pastinya kulit buku yang mempunyai warna-warna yang terang dan berwarna warni akan menarik minat anak berbanding kulit buku yang bewarna kelabu atau coklat.

3.      Rangsang Melalui Telinga( Deria Pendengaran)
Rangsang melalui telinga pula adalah teknik menggunakan rangsangan dengan bunyi-bunyian seperti bunyai alunan bacaan Alquran untuk menenangkan.  Bunyi pancuran air,bunyi muzik perlahan seperti baroque dengan bit 60 seminit pun boleh membantu pembelajaran anak-anak.

4.      Rangsang Melalui Hidung( Deria Hidu)
Melalui teknik rangsangan deria hidu ibu ayah boleh menggunakan bahan aromaterapi contohnya bagi memberi satu kesan ketenangan dalam minda dan tubuh anak-anak.

5.      Rangsang Melalui Mulut (Deria Rasa)
Rangsangan dengan dua kaedah iaitu melalui deria rasa untuk pemakanan dan juga menggunakan lidah untuk membuat latihan membaca atau hafalan.

6.      Rangsang Melalui Anggota Tangan (Deria Sentuhan)
Rangsang dengan deria sentuhan iaitu menyentuh peralatan alat bantu mengajar contohnya seperti tanah liat bagi membantu psikomoto anak-anak dan membangkitkan rasa seronok belajar.
7.      Rangsang Melalui Hati
Melalui hati anak-anak diberi dorongan motivasi agar sentiasa konsisten dan fokus dengan pembelajaran mereka.  Sentuh jiwa dan sentuh hati nurani mereka.
Sungguh amat mudah jika tahu caranya.  Gunakanlah kurniaan Allah S.W.T iaitu pancaindera yang 7 sepenuhnya.  Kita diberi peluang dari pelbagai ruang untuk merasai nikmat alam ini.  Nyatanya resapan kita berbeza.  Ada yang mampu menyerap hampir ke semua 7 pancaindera tersebut.  Namun ada juga yang mampu hanya beberapa sahaja.
Kupasan di dalam ebook ini hanyalah sebahagian dari ilmu yang ada menggunung di muka bumi ini. Harapan saya semoga dengan olahan yang ringkas serta gambaran melalui gambar–gambar yang dipilih secara neutral  ianya mampu memudahkan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak di peringkat sekolah rendah memahami hasil tulisan ini dengan gaya yang santai.  Kebanyakkan isi-isi penting di dalam ebook ini digarap bersesuaian dengan tahap fokus anak-anak sekolah rendah kita.




Comments

Popular posts from this blog

Bakal Terbit Ebook Anak Seronok Belajar

PRA ORDER EBOOK Panduan Anak Seronok Belajar Bab 1 Pengenalan Bab 2 Anak Seronok Belajar Bab 3 Teknik Belajar Berkesan Bab 4 Strategi Menghadapi Peperiksaan Bab 5 Kaedah Tuisyen Sasbadi Online Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Perkenalan untuk anda Latar Belakang Pendidikan Salam perkenalan untuk pembaca ebook saya yang budiman.  Alhamdulillah  saya telah dapat menyiapkan ebook pertama ini untuk anda semua.  Saya kira saya bukanlah orang yang layak untuk memberi ilmu kepada ibu-ibu di luar sana.  Namun atas dasar ingin berkongsi dan ingin melihat ada sedikit sinar untuk orang lain, maka saya panjangkan pengalaman sepanjang meniti  kerjaya sebagai  suri kepada 3 orang cahaya mata ini. Nama penuh saya Che Hasnida Bt Ab. Hamid. Saya adalah merupakan kelahiran anak jati Pahang. Dilahirkan pada 15 haribulan  November 1978.   Saya memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Keratong 4 dan 5 kemudian ...

Bab 3 - Teknik Belajar Berkesan

BAGAIMANA TEKNIK BELAJAR BERKESAN Sebenarnya banyak teknik yang boleh dipraktiskan oleh ibubapa masa kini untuk anak-anak di rumah.  Tinggal lagi bagaimana mahu mengaplikasikannya mengikut kesesuaian anak-anak  tuan puan. Di sini saya senaraikan butiran-butiran ringkas yang mana dengan izin Allah S.W.T mujarab.  Insyaallah! Jaga Solat Untuk yang pertamanya, ibu-ibu sendiri harus jaga solat disamping anak-anak pun turut jaga solat sama.  Sama-sama bermohon dan berdoa untuk kejayaan dunia akhirat.  Lebih-lebih lagi dalam peperiksaan.  Pada pagi hari peperiksaan luangkan masa sekejap solat Dhuha dan malam sebelumnya solat tahajjud.  Lakukan secara berterusan walaupun bukan di hari peperiksaan.  Surah Alwaqiah juga jangan dilupa.  Insyaallah rezeki kejayaan itu ada dan datang dengan mudah sekali. Rancang Masa Belajar Anak Keduanya, rancang masa belajar anak-anak di rumah.  Awal tahun adalah masa yang paling ideal kerana di waktu...

Bab 4 - Strategi Menghadapi Peperiksaan

KUASAI SUBJEK YANG LEMAH  Saya nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana apakah keperluan atau strategi ibu-ibu untuk anak apabila menanti saat ketibaan hari peperiksaan tiba.  Di sini saya gariskan beberapa tips mudah yang mana mungkin ia boleh membantu anak-anak di rumah. SATU SUBJEK PERLU 4 BUKU LATIHAN Pada suatu ketika dulu saya pernah berbual dengan seorang guru di pekan Benta ini.  Apakah strategi anak beliau dapat skor A dalam semua subjek utama kerana bagi saya subjek Matematik dan Bahasa Inggeris agak susah untuk anak-anak Melayu skor A.  Tips yang dikongsi ialah dapatkan 4 set buah buku latihan untuk satu subjek.  Makna kata perlu ada 16 buah buku latih tubi untuk 4 subjek utama tersebut.  Turut bersama langkah penjimatan yang di kongsikan semasa pembelian ialah dapatkannya di Karnival Jualan Buku di Kuala Lumpur atau Pesta Buku setiap tahun.  Harga memang menjunam murah dan berbaloi.  Setakat ini saya belum berpeluang pergi....