Sering kita diingatkan
ibu bapa adalah individu utama yang paling hampir dengan anak-anak. Inisiatif
ibu bapa untuk mendidik supaya sukses suatu hari kelak adalah tanggungjawab
yang mesti dijalankan dengan konsisten dan penuh disiplin. 'Anak Seronok Belajar'.
Bagi saya bukan sahaja anak yang akan seronok bahkan ibu dan bapa akan turut
ceria setiap kali mengajar anak-anak.
Perkongsian penulis
kali ini sangat menarik kerana panduan berkonsep kesedaran ini bakal
menyuntik minat ibu bapa terus berusaha merangsang anak masing-masing dari awal
agar mereka seronok setiap kali belajar tidak kira di mana tempat. Panduan ini
sesuai bagi anak-anak berusia 4-12 tahun yang mahu belajar cara efektif
pembelajaran. Sangat bermanfaat kerana penulis merupakan seorang guru berkaliber
dan bijak mendidik murid yang sukar untuk kembali suka belajar bahkan ramai
yang berjaya di bawah didikannya.
Ternyata Puan Hasnida
seorang guru yang tidak kenal erti putus asa. Pembaca akan dapat mengetahui
banyak rahsia pengajaran dan pembelajaran yang menarik seperti teknik belajar
berkesan, teknik peta minda, cara urus masa, kaedah cepat membaca dan teknik
mesti tahu yang dinamakan 'Teknik Nemonik'. Sangat unik! Khas bagi ibu bapa
milenia di luar sana yang tidak sabar melihat anak mereka seronok
belajar.
PUAN BIBI NORMI
PENULIS EBOOK MAMA
HAMIL ANAK PERTAMA
Kepulanganku dari kerja memang
dinanti-nantikan, tapi sebab apa ye? Sebab nak guna telefon mama untuk main
games. Inilah masalah yang saya hadapi sekarang. Selepas
ini bolehlah saya mencuba panduan-panduan dari ebook Che Hasnida. Banyak
rupanya caranya untuk merangsang anak seronok belajar. Kebanyakan panduan dari
penulis ini tidak memerlukan modal yang besar dan ada diantaranya tidak
memerlukan modal langsung. Menarik bukan?
Hasnida juga berkongsi konsep tuisyen online yang pada saya satu lagi cara yang bagus untuk membuatkan anak seronok belajar di samping dapat meningkatkan prestasi pembelajaran anak- anak sekaligus menjimatkan masa, tenaga dan kos.

PUAN AZRIN BADRINAS ABU BAKAR
PENULIS EBOOK PANDUAN ASAS UMRAH
Naskah ini sesuai bagi
ibu-ibu yang mahukan prestasi sekolah yang terbaik untuk anak-anak. Keadaan
sekolah yang stress boleh melemahkan semangat anak-anak. Penulis menerapkan
beberapa teknik untuk merangsang anak-anak ini untuk seronok bila belajar. Anda
akan surprise dengan method yang dijelaskan oleh penulis.
Antara yang saya
tertarik adalah "Seronok Belajar Dengan Pemadam Comel", anak-anak
seronok dan tersenyum gembira apabila mereka belajar dan pemadam beraneka corak
dan warna ada bersama. Saya dah cuba, anda bila lagi? Lagipun, murah sahaja
modalnya.
Selain daripada itu,
penulis juga berkongsi beberapa tips-tips peperiksaan iaitu dari segi pemakanan
dan rutin harian. Dalam dunia yang serba serbi sibuk ini, kadang-kala kita
tidak sedar yang rutin harian kita menyumbang kepada perkara yang tidak elok
untuk anak-anak. Sesuai bagi anda yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki
peperiksaan dan bagi yang anda yang sudah ada anak yang telah mula bersekolah,
tidak rugi jika anda baca sekarang untuk persediaan peperiksaan mereka nanti.
PUAN HAZWANI ABD HAMID
PENULIS EBOOK URUS
AKAUN BISNES
Generasi anak-anak zaman sekarang lahir dalam dunia digital. Mereka terdedah dengan penggunaan teknologi seperti telefon pintar sejak kecil lagi. Ia menjadi suatu cabaran bagi ibubapa untuk menarik minat anak belajar. Setiap dari kita dilahirkan berbeza kekuatannya. Perkongsian merangsang anak belajar melalui pancaindera di dalam ebook ini membantu ibu bapa mencari titik pencetus kekuatan anak apakah kecenderungan minat anak untuk belajar.Panduan yang dikongsikan seperti menggunakan buku catatan, pemakanan,penghargaan,pengurusan masa dan banyak lagi mudah diikuti dan tidak perlu untuk mengeluarkan belanja yang besar.Teknologi dunia digital jika disalurkan ke arah yang betul akan memberi banyak manfaat dan menjadi salah satu alat menarik anak-anak minat belajar. Seperti mana yang diperkenalkan penulis melalui belajar kaedah tuisyen online Sasbadi iaitu system pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.
PUAN NUR SHUHADA
PENULIS EBOOK IDEA MINIMALIST
Tahniah diucapkan!
PUAN SYATIRAH SHUIB
PENULIS EBOOK PANTANG TRADISIONAL
Silabus pembelajaran
di sekolah hari ini memang semakin mencabar. Walaupun ebook ini lebih
menumpukan kepada persediaan anak untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan,
banyak panduan disiplin pembelajaran yang boleh diterapkan untuk anak-anak. Sebagai
ibu yang mengajar anak secara langsung di rumah (homeschool), persediaan mental
dan pengetahuan tentang pelbagai sumber rujukan yang boleh digunakan untuk
membantu anak-anak amat saya perlukan. Membaca ebook ini sejujurnya membuatkan
saya semakin bersemangat untuk terus melatih anak dalam bidang akademik,
walaupun fokus kami pada masa ini ialah aliran tahfiz dan silabus antarabangsa. Kecemerlangan sememangnya bermula dari rumah
yang mementingkan pendidikan. Tugas ibu bapa zaman sekarang yang amat mencabar
boleh dilalui dengan cemerlang dan menggembirakan juga. Ebook Anak seronok
belajar oleh guru tuisyen yang banyak pengalaman membantu pelajarnya ini ada
jawapannya.
PUAN UMMU AUNY ADNY
ISMAIL
PENULIS EBOOK AJAR
ANAK ALQURAN
Bahan rujukkan atau ulangkaji sangat penting dalam membantu anak menghadapi peperiksaan. Saya sangat mencadangkan penggunaan Ilearnace Sasbadi. Saya turut menggunakannya. Sekiranya ibu bapa masih sangsi atau tidak cakna tentang kaedah pembelajaran terkini ini, bolehlah membaca ebook Puan Nida. Puan Nida berkongsi maklumat tentang tusiyen online di mana, ia merupakan rujukan yang wajib bagi semua murid sekolah.
Penulis ebook "Anak Seronok Belajar ini sangat menitikberatkan tentang cara belajar santai akan membuatkan anak terhibur ketika belajar. Penulisan beliau juga turut menerangkan kepelbagaian aktiviti yang mampu memikat anak belajar tanpa di suruh. Hebat bukan!
Selain itu, Puan Hasnida juga berkongsi panduan bagaimana menghadapi peperiksaan. saya sangat suka membaca penulisan beliau tentang panduan makanan untuk menguatkan minda. Tahniah dan terima kasih Puan Hasnida kerana telah membuat perkongsian yang berguna dan bermanfaat.

PUAN MAZLINA OMAR
PENULIS EBOOK PANDUAN CEMERLANG UPSR
Ebook Anak Seronok Belajar hasil tulisan
Puan Che Hasnida Hamid amat sesuai untuk anak-anak yang menghadapi masalah
dalam proses pembelajaran di sekolah. Sama ada cepat hilang fokus,malas
dan tidak seronok belajar. Perkongsian
menarik dari Puan Hasnida membuka mata saya bahawa ibubapa itu sendiri perlu
bijak dan kreatif dalam menguruskan anak-anak terutamanya untuk pastikan anak
minat belajar.
Kaedah Rangsangan dengan ke lima-lima deria amat membantu anak-anak fokus. Teknik-teknik menarik seperti gunakan stamp cop sebagai ganjaran,sediakan ruang khas untuk anak belajar sediakan jadual waktu yang sistematik untuk anak juga sangat praktikal untuk diamalkan.
Seiring dengan arus kemajuan sekarang, zaman perkembangan teknologi, aplikasi digital diperkenalkan oleh penulis melalui kaedah ILEARNACE sesuai untuk dijadikan platform pembelajaran anak-anak masa kini.
Tahniah puan. Amat membantu.

PUAN NURULHIDAYAH HARUN
PENULIS EBOOK PANDUAN BISNES KRAFT FELT
Menjadi ibu kepada 3 anak yang sedang membesar dan menjelang
umur persekolahan, dah pasti salah satu keutamaan saya memastikan supaya anak
timbul rasa seronok untuk belajar, dan bukan dipaksa-paksa. Dengan terbitnya
ebook Anak Seronok Belajar oleh Puan Che
Hasnida ini, saya kira sangat membantu saya yang sememangnya mencari panduan
sebegini.
Kita memang mahu anak belajar, baca buku, kuasai pelbagai jenis
ilmu kalau boleh sejak kecil. Tetapi, jika salah teknik atau caranya, boleh
membuatkan anak tertekan dan bosan, ibu bapa juga akhirnya akan putus asa. Dah
tentu kita tak mahu perkara begini berlaku. Jadi, molek sangat ebook berbentuk
begini diterbitkan sebagai panduan untuk ibu bapa yang mahu anak belajar dengan
rela dan senang hati.
Puan Nida yang berpengalaman menjadi guru tuisyen berkongsi
beberapa kaedah praktikal untuk rangsang anak belajar, antaranya dengan
menggunakan deria penglihatan dan pendengaran. Beliau juga berkongsi strategi
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk pastikan anak dapat menguasai sesuatu
ilmu dengan baik.
Penulisan yang tersusun,
ringkas dan mudah difahami menjadikan saya teruja untuk membaca dari satu muka
surat ke muka surat yang lain. Sesungguhnya mendidik dan merangsang anak supaya
seronok belajar adalah mudah jika ibu bapa tahu cara yang betul.
PUAN HIFZAILA HAFNI
Comments
Post a Comment