Skip to main content

Posts

Bakal Terbit Ebook Anak Seronok Belajar

PRA ORDER EBOOK Panduan Anak Seronok Belajar Bab 1 Pengenalan Bab 2 Anak Seronok Belajar Bab 3 Teknik Belajar Berkesan Bab 4 Strategi Menghadapi Peperiksaan Bab 5 Kaedah Tuisyen Sasbadi Online Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Perkenalan untuk anda Latar Belakang Pendidikan Salam perkenalan untuk pembaca ebook saya yang budiman.  Alhamdulillah  saya telah dapat menyiapkan ebook pertama ini untuk anda semua.  Saya kira saya bukanlah orang yang layak untuk memberi ilmu kepada ibu-ibu di luar sana.  Namun atas dasar ingin berkongsi dan ingin melihat ada sedikit sinar untuk orang lain, maka saya panjangkan pengalaman sepanjang meniti  kerjaya sebagai  suri kepada 3 orang cahaya mata ini. Nama penuh saya Che Hasnida Bt Ab. Hamid. Saya adalah merupakan kelahiran anak jati Pahang. Dilahirkan pada 15 haribulan  November 1978.   Saya memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Keratong 4 dan 5 kemudian menyambungkan pelajaran di peringkat menenga
Recent posts

Bab 5 - Kaedah Tuisyen Sasbadi Online

APAKAH KEISTIMEWAAN  KAEDAH TUISYEN SASBADI ONLINE INI Belajar kaedah Sasbadi Online sangat istimewa. Keistimewaan Sasbadi online adalah ia boleh digunakan samada secara online atau offline.  Menarik bukan? Yang bestnya ia turut mempunyai applikasi.  Maka sangat mudah untuk anak-anak menggunakannya. Anda boleh cuba web  www.ilearnace.com    kerana ada diberi tempoh percubaan selama seminggu.  Anda boleh cari dan cuba ye. Oh ya!  Untuk yang terkini pakej Sasbadi ini menawarkan pakej hanya untuk pelajar bermula dari darjah 4 hinggalah SPM.  Jadi sangat elok sekiranya anda telah mencuba segala strategi yang telah saya terangkan seperti strategi anak seronok belajar terdahulu, teknik belajar berkesan dan tips peperiksaan maka anda cuba pula guna teknik yang ini.  Saya pasti anak-anak suka dan teruja. Bertepatan dengan konsep pembelajaran abad ke 21 yang mana telah menyatakan bahawa anak-anak zaman ini perlu bergerak selari dengan teknologi moden. Hasil kajian dari Dato Dr Fa

Bab 4 - Strategi Menghadapi Peperiksaan

KUASAI SUBJEK YANG LEMAH  Saya nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana apakah keperluan atau strategi ibu-ibu untuk anak apabila menanti saat ketibaan hari peperiksaan tiba.  Di sini saya gariskan beberapa tips mudah yang mana mungkin ia boleh membantu anak-anak di rumah. SATU SUBJEK PERLU 4 BUKU LATIHAN Pada suatu ketika dulu saya pernah berbual dengan seorang guru di pekan Benta ini.  Apakah strategi anak beliau dapat skor A dalam semua subjek utama kerana bagi saya subjek Matematik dan Bahasa Inggeris agak susah untuk anak-anak Melayu skor A.  Tips yang dikongsi ialah dapatkan 4 set buah buku latihan untuk satu subjek.  Makna kata perlu ada 16 buah buku latih tubi untuk 4 subjek utama tersebut.  Turut bersama langkah penjimatan yang di kongsikan semasa pembelian ialah dapatkannya di Karnival Jualan Buku di Kuala Lumpur atau Pesta Buku setiap tahun.  Harga memang menjunam murah dan berbaloi.  Setakat ini saya belum berpeluang pergi.  Maklumlah komitmen dengan anak kecil,

Bab 3 - Teknik Belajar Berkesan

BAGAIMANA TEKNIK BELAJAR BERKESAN Sebenarnya banyak teknik yang boleh dipraktiskan oleh ibubapa masa kini untuk anak-anak di rumah.  Tinggal lagi bagaimana mahu mengaplikasikannya mengikut kesesuaian anak-anak  tuan puan. Di sini saya senaraikan butiran-butiran ringkas yang mana dengan izin Allah S.W.T mujarab.  Insyaallah! Jaga Solat Untuk yang pertamanya, ibu-ibu sendiri harus jaga solat disamping anak-anak pun turut jaga solat sama.  Sama-sama bermohon dan berdoa untuk kejayaan dunia akhirat.  Lebih-lebih lagi dalam peperiksaan.  Pada pagi hari peperiksaan luangkan masa sekejap solat Dhuha dan malam sebelumnya solat tahajjud.  Lakukan secara berterusan walaupun bukan di hari peperiksaan.  Surah Alwaqiah juga jangan dilupa.  Insyaallah rezeki kejayaan itu ada dan datang dengan mudah sekali. Rancang Masa Belajar Anak Keduanya, rancang masa belajar anak-anak di rumah.  Awal tahun adalah masa yang paling ideal kerana di waktu ini silibus masih di bawah unit yang pertama.  T

Bab 2- Anak seronok Belajar

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN ANAK SERONOK BELAJAR Anak seronok belajar itu adalah satu cabang seni yang perlu dipelajari oleh ibu-ibu muda seluruh Malaysia.  Ibu ayah pada hari ini harus menguasai ilmu ini bagi meningkatkan kefahaman tentang bagaimana menjentik jiwa kecil anak-anak kita agar seronok belajar tanpa tekanan. Cabaran alam pendidikan hari ini sangat jauh berbeza dari zaman kita dahulu.  Jika dahulu pulang dari sekolah, terus sahaja meletakkan beg sekolah di penjuru bilik lalu meluru bermain dengan rakan-rakan sepermainan.  Sungguh asyik dan girang hinggalah ke petang hari.  Namun kini ceritanya amat berbeza. Setelah meneliti dan menyemak beberapa buah buku hasil tulisan dan kajian dari pakar-pakar motivasi terdahulu  antaranya ialah Dato’ Dr Haji Mohd.Fadzilah Kamsah dapatlah saya gariskan di sini bahawa terdapat beberapa pancaindera yang boleh merangsang anak seronok belajar.  Antaranya ialah: 1.       Rangsang Melalui Minda Rangsang anak dengan menggunakan akal fik

Bab 1 - Pengenalan

Menjadikan anak seronok belajar di sekolah dan di rumah menjadi suatu kemestian pada masa kini.  Belajar adalah penting untuk membantu  anak-anak agar mereka dapat menggunakan ilmu sepenuhnya bagi persediaan menghadapi cabaran dunia pada masa hadapan Ebook ini akan membantu ibubapa di luar sana melalui kupasan yang ringkas dan mudah bagaimana mereka boleh menbantu anak mereka seronok belajar tanpa tekanan.  Ada butang yang perlu digunakan oleh ibubapa dan rahsianya ada di dalam ebook ini. Perkara pokok yang akan di ketengahkan dalam ebook ini ialah: Bagaimana ibubapa boleh merangsang anak-anak mereka seronok belajar melalui konsep rangsang pancaindera. Bagaimana ibubapa boleh merangsang anak-anak mereka seronok belajar  melalui strategi teknik belajar dengan berkesan Bagaimana ibubapa dapat merangsang anak-anak mereka seronok belajar dengan strategi  menghadapi peperiksaan Bagaimana ibubapa dapat merangsang anak mereka seronok belajar  melalui strategi kaedah tuisyen Sas

Ulasan Pembaca

Sering kita diingatkan ibu bapa adalah individu utama yang paling hampir dengan anak-anak. Inisiatif ibu bapa untuk mendidik supaya sukses suatu hari kelak adalah tanggungjawab yang mesti dijalankan dengan konsisten dan penuh disiplin. 'Anak Seronok Belajar'. Bagi saya bukan sahaja anak yang akan seronok bahkan ibu dan bapa akan turut ceria setiap kali mengajar anak-anak. Perkongsian penulis kali ini sangat menarik kerana  panduan berkonsep kesedaran ini bakal menyuntik minat ibu bapa terus berusaha merangsang anak masing-masing dari awal agar mereka seronok setiap kali belajar tidak kira di mana tempat. Panduan ini sesuai bagi anak-anak berusia 4-12 tahun yang mahu belajar cara efektif pembelajaran. Sangat bermanfaat kerana penulis merupakan seorang guru berkaliber dan bijak mendidik murid yang sukar untuk kembali suka belajar bahkan ramai yang berjaya di bawah didikannya. Ternyata Puan Hasnida seorang guru yang tidak kenal erti putus asa. Pembaca akan dapat mengeta